Selasa, 20 Disember 2011

Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Shah Sultan Perak Darul Ridzuan ke-33 Ayahanda sultanah Johor Raja Zarith Sofeah


KiSaH BeNaR

Seorang ustaz dari Malaysia telah berkunjung ke Indonesia (Sumatera) di atas jemputan salah seorang penduduk kampung disana utk memberikan ceramah di salah sebuah masjid. Beliau berasa terkejut apabila terlihat kawasan perkuburan di kampung berkenaan. beliau pernah bertanya pada penduduk kampung berkenaan “mengapa kubur islam dan kafir di semadikan bersama?”

Jawab penduduk kampung di sana dgn selamber:-

“Takkan MALAIKAT tak tau nak bezakan mana islam mana kafir”



Dimanakah anda ketika solat???

DAULAT TUANKU

Isnin, 19 Disember 2011

KiSaH BeNaR di lata kijang jelebu Negeri Sembilan

Hutan Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama "Kinjang" hingga kekal namanya sampai sekarang. 


Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik. " Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang " kata Tok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin. 


Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda. Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya. 


Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut. 


Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu. 


Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai " Puteri Bunian " yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu. 


Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang. 


Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja. 


Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja. 


Encik Haslam memberitahu, " Puteri Bunian " muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. 


Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk dijadikan ubat untuk memerdukan suaranya. 


Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin. 


"Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem " tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem. 

KiSaH BeNaR



Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ? 


Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim

Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu


Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.


 Bismillahir Rahmanir Rahim

Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara 



Kesimpulannya 
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk 




Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi : 

Sesiapa membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya 

talkin


Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za
iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

         

Sabtu, 17 Disember 2011

7 wasiat

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganangtasik dan hutan simpanTANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).[1]
SEMBAH TANIAH
Tuanku Sultan Kedah Mendaji Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-14 Kali Yang Kedua Daulat Tuanku!!!

Rabu, 24 Ogos 2011

JENAZAH TIDAK REPUT


Assalamualaikum. Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara Sekelian Alam.
Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. 

Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987 (17 tahun yang lalu) dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu. 

Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya. 

Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang melihat mayat yang nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah. 

Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging dan muscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah danmelekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. 

Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Even kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah. 

Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive. Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. 


Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.

Selasa, 23 Ogos 2011

Lirik lagu mati-hijjaz

sampailah waktu ajalkan datang
malaikat maut segera menjelang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang

Mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang menggigit
papan dan bumi pula menghimpit

masalah mayat kedalam bumi
munkar dan nakir tanyakan diri
tiada terjawab amalan sendiri
di pukul malaikat ke dasar bumi
tiada terjawab amalan sendiri
di pukul malaikat ke dasar bumi

setelah di kubur baru menyesal
teringat diri membuat Dosa
teringat diri tiada beramal
tak munkin lagi pulang kedunia
teringat diri tiada beramal
tak munkin lagi pulang kedunia

mati itu terlalu lah sesaat
bagi suhada di medan jihad

oleh lah itu wahai sahabat
iman di dada perlu di tingkat
oleh lah itu wahai sahabat
iman di dada perlu di tingkat

sampailah waktu ajalkan datang
malaikat maut segera menjelang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang
di cabut nyawa tiada terbilang sakit terasa bukan kepalang

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

Kepada semua Umat Islam Diseluruh Malaysia..... Dan Negara-Negara Yang Beragama Islam......

Firman Allah


FIRMAN ALLAH
SURAH ALQIYAAMAH : AYAT3 & 4
  • Apakah manusia mengira bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya?
  • Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari-jemarinya (manusia itu) dengan sempurna (Pada Hari Kiamat)
Dalam ayat 4 Surah Al-Qiyaamah ini, Allah telah menyatakan rahsia CAP JARI pada semua manusia. Ia adalah pengenalan bagi setiap manusia sehingga hari Kiamat nanti dan Allah tidak mungkin tersalah menghukum orang lain terhadap sesuatu dosa yang bukan dilakukan orang berkenaan.

CAP JARI = Adalah pengenalan setiap manusia mengikut ketentuan Allah
manakala DNA = Adalah pengenalan nasab keturunan seseorang

Firman Allah

FIRMAN ALLAH : AYAT 31
  • Mereka menjadikan alim ulama dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah (yakni mereka mematuhi ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membuta tuli, biarpun mereka itu menyuruh berbuat maksiat atau mengharamkan sesuatu yang halal).
Adi Hatim (seorang dari pengikut mereka) berkata kepada Rasulullah Saw: "Kami bukan menyembah mereka (orang alim atau rahib-rahib kami)".

Rasulullah Saw bersabda dengan sebuah pertanyaan: "Apakah mereka tidak mengharamkan apa yang telah Allah halalkan? Sedang kamu pula mengikuti mereka dengan turut mengharamkannya. Dan mereka menghalalkan pula sebahagian yang telah Allah haramkan, apakah kamu tidak mengikuti mereka menghalalkan apa yang telah Allah haramkan buatmu?".

Kemudian Baginda Saw menjawab terhadap mereka (golongan) yang membuta tuli (membabi buta) mengikuti (mentaati) orang-orang yang mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah dan menghalalkan pula apa yang telah Allah haramkan: "Sesungguhnya, perbuatan kamu itu sama seperti kamu menyembah mereka yang membuat fatwa itu" (yakni perbuatan syirik dalam Tawhid Al-Ibadah dan merupakan dosa yang tidak diampunkan Allah). - Hadis Riwayat Termizi dan merupakan hadis sahih yang diperakui oleh al-Albani dalam sunan at-Tirmidhi vol.3, p.56, hadis no.247

Dalam konteks politik di sesebuah negara Islam, rakyatnya hendaklah sentiasa terbuka menerima teguran terhadap kesilapan yang dilakukan pemimpin yang mereka sokong. Kita pernah mendengar sebuah negara Islam, merubah ketetapan Allah dalam urusan poligami. Parlimen di negara Islam terbabit telah meluluskan akta baru bahwasanya 'Suami mesti mendapat keizinan bertulis (yakni tandatangan isteri) sebelum berpoligami". Undang-undang ini telah dibentangkan di parlimen negara berkenaan dan di luluskan dengan majoritas pemimpinnya menyokong usul tersebut. Mereka kemudian menguatkuasakan undang-undang itu dan menentang ketetapan Allah dalam urusan berpoligami. Mereka semua sebenarnya, tanpa sedar, telah terbabit dalam merubah ketetapan hukum Allah. Mereka telah mengharamkan apa yang telah Allah halalkan bagi seorang suami.

Walaupun bersandarkan pelbagai alasan untuk meluluskan rang undang-undang itu, ia tetap menyalahi hukum dan ketetapan yang telah Allah tentukan dalam Al-Quran. Harus diingat bahwa Allah itulah yang telah menciptakan manusia, pantas DIA lebih mengetahui apa (hukum) yang terbaik buat semua ciptaan-Nya. IA (hukum Allah) enggak perlu dipinda oleh manusia yang serba jahil ini. Jika sekiranya kita menyokong mereka yang telah berusaha meminda hukum Allah dalam agenda mereka untuk mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, maka kita adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang syrik kepada Allah yakni bersamaan dengan menyembah mereka, para pembuat dasar itu sebagaimana hadis Rasulullah Saw di atas. Nauzubillahiminzalik.

Kita harus bertaubat nasuha dan berusaha pula merubah kembali apa yang telah mereka tetapkan kepada hukum yang telah ditetapkan Allah. Hanya itulah sahaja caranya seorang yang telah melakukan perbuatan syirik untuk kembali diterima amalannya oleh Allah Swt. `Wallahulam`

Firman Allah

SEMAKIN kamu dekati agama (ilmu Allah), semakin kamu merasa begitu banyak yang kamu enggak ketahui. Sehingga kamu tunduk malu dengan Allah Yang Maha Mngetahui segala sesuatu. Nikmat Allah yang mana satukah ingin kamu dustai? Sadaqallahulazim


‎"Aku dulu pernah belajar dengannya" - kata seorang tua kepada orang muda yang mengagumi seorang ALIM yang datang ke tempat mereka. Persoalannya, mengapa orang tua itu tidak berada di puncak yang sama dengan orang yang dikagumi itu? Sedangkan dia pernah berada di dalam pengajian yang sama taraf. Peristiwa ini harus kita jadikan ikhtibar supaya kita berusaha menuntut ilmu agama dan tidak ketinggalan serta menyesalinya di hari tua nanti


FASA terakhir Ramadan, siapa pemenangnya? Hawa nafsu kah atau Keimananmu. Fasa ini adalah titik tolak perubahan dalam diri seseorang itu. Jika benar kamu ingin mencapai keredhaan Allah, usaha agar keimananmu mengatasi keinginan nafsumu pada fasa kritikal ini.


SOLAT SUNAT TASBIH: Sama seperti solat sunat lainnya. Terbaik lakukan pada malam hari (jam12 - 5pagi). 4rakaat 2 salam. Yang membedakannya dengan solat sunat biasa adalah TASBIH (Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahuakbar) yang dibaca pada setiap disiplin solat seperti sebelum baca Fatihah, semasa rukuk, iktidal dan sujud.



Subhanallah Wallhamdulillah Walaila Hailallah Wallahuakbar....Lakukanlah SOLAT SUNAT TASBIH setidaknya sekali seumur hidup. Hidupkanlah malam-malam terakhkir Ramadan dengan Qiamulail (Solat Malam). Bertasbihlah seolah kita merayu pertolongan Allah di Padang Mahsyar nanti, menangislah kerana takut akan Allah. Semoga kita termasuk golongan yang dikurnia nikmat Lailatulqadar yang penuh hikmah. Amin!

Renungkanlah....

5 Perkara yang dicintai & 5 Perkara yang dilupakan
 Yang bermaksud:
 "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara iaitu :
1 MEREKA CINTA AKAN DUNIA
        DAN MEREKA LUPAKAN KEPADA AKHIRAT

2 MEREKA CINTA AKAN KEHIDUPAN
        DAN MEREKA LUPA KEPADA KEMATIAN

3 MEREKA CINTA AKAN RUMAH
        DAN MEREKA LUPA AKAN KUBUR

4 MEREKA CINTA KEPADA HARTA
        DAN MEREKA LUPA KEPADA PERHINTUNGAN DIAHKIRAT

5 MEREKA CINTA KEPADA MAHKLUK
        DAN MEREKA LUPA KEPADA ALLAH S.W.T

Doa pelindung diri


Doa Pelindung Diri


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?" Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"

Isnin, 22 Ogos 2011

Time dekat singapore sports school d zoo singapore


12 barisan di akhirat


suatu ketika muaz bin jabal r.a berjumpa rasulluah saw dan bertanya ``ya rasulluah
tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris." (QS An-Naba':18)"
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris."
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.....
Barisan Pertama
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua
Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedelapan
Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesepuluh
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesebelas
Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu,ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin...

Ya Rasulullah.wmv

Siifat 20-Syamil

Syamil - Hasbi Robbi